Sistem automasi SAKTI-Lib untuk Pusat Sumber SM Sains Kota Tinggi telah kami perbaiki dan menambah baik. Kami lebih tumpukan kepada criteria dalam query dan properties.
Kami juga telah mencuba menggunakan macros agar sistem ini kelihatan lebih kemas. Dengan menggunakan macros, bilangan tetingkap yang dibuka dapat dikurangkan. Contohnya, tetingkap Menu Utama akan ditutup dan tetingkap Modul Pentadbir akan terbuka apabila pengguna klik butang Modul Pentadbir. Kami turut menggunakan butang navigasi Close Form untuk tujuan yang sama.
Setelah selesai membangunkan sistem ini, kami compact and repair database untuk mengecilkan saiznya.
Menu Utama
Mengandungi tiga butang yang akan membawa pengguna ke
1. Modul Pentadbir
2. Modul Pengguna
3. Perihal Aplikasi
menggunakan macros.
Macros untuk Menu Utama Ke Modul Pentadbir
Action 1 : Close > Object Type > Form > Object Name > Menu Utama
Action 2 : OpenForm > Form Name > Modul Pentadbir
Modul Pentadbir
Modul ini sepatutnya hanya dapat diakses oleh pentadbir sahaja. Ia perlu menggunakan username dan password tetapi kami tidak dapat membuatnya.
Pengurusan Bahan
1. Daftar - untuk mendaftar bahan baru.
2. Kemaskini - untuk mengemaskini maklumat bahan.
Masukkan no. panggilan bahan yang ingin dikemaskini (eg: Map 15) - Mengguna criteria [ Masukkan no panggilan ] dalam query. Ia merupakan arahan pada parameter.
Semua maklumat mengenai bahan tersebut akan terpamer dan boleh dikemaskini. No. panggilan tidak boleh diubah (properties > data > locked > yes) kerana ia merupakan primary key.
Ulasan
Terdapat relationship antara table TData dan Table_Review melalui query.
1. Buat Ulasan - pengguna membuat ulasan mengenai bahan yang telah dipinjam.
Form baru yang terpapar dibuat menggunakan macros.
Action 1 : OpenForm > Form Name > Buat Ulasan
Action 2 : GoToRecord > Record > New
Masukkan no. panggilan bahan tersebut (eg: CD 32) dan data tajuk dan penerbit akan dipanggil secara automatik daripada table TData dan tidak boleh diubah (properties > data > locked > yes). Pengguna memasukkan maklumat ulasan dan pengulas dan akan disimpan di table Table_Review. Simpan dan keluar. Sesuatu bahan boleh diulas oleh lebih dari seorang pengulas.
2. Papar Ulasan - masukkan no. panggilan bahan (eg: CD 32) dan ia akan memaparkan ulasan-ulasan yang dibuat. Hanya untuk tujuan paparan. Data tidak boleh diubah.
3. Papar Cetakan - memaparkan ulasan-ulasan bahan tertentu dalam bentuk report (print preview).
Statistik
1. Statistik Bahan - jumlah bilangan bahan mengikut jenis.
2. Cetak Statistik - memaparkan statistik bahan dalam bentuk report (print preview).
Carian
Kadangkala pengguna tidak mengetahui tajuk penuh atau nama penuh pengarang untuk bahan yang dicari. Carian kami boleh digunakan dengan cara memasukkan apa-apa sahaja kata kunci. Data dalam hasil carian telah dikunci dan tidak boleh diubah.
Menggunakan criteria Like "*" & [ Masukkan kata kunci tajuk ] & "*" pada field Tajuk dalam Query_Carian_Tajuk.
1. Carian Mengikut Penerbit - eg: Utusan
2. Carian Mengikut Pengarang - eg: Najib
3. Carian Mengikut Perkara - eg: art
4. Carian Mengikut Tajuk - eg: Mathematics
5. Carian Terperinci - eg: buku (jenis bahan) dan computer (tajuk) -- citeria pada field Jenis Bahan dan Tajuk
Laporan
Senarai laporan bahan tertentu dalam bentuk print preview.
Modul Pengguna
Carian dan Ulasan sama seperti dalam Modul Pentadbir.
Perihal Aplikasi
Maklumat pembangunan sistem ini.